Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pelancaran Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Perancang Bandar dan Desa

1_Pelancaran Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid melancarkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 November. – Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Dengan tema 'Localizing Sustainable Goals in Land Use Planning and Development Control', pengisian sambutan pada tahun ini adalah memfokuskan kepada 'Reaching Out Program' bagi memberigakan peranan perancangan guna tanah dan kawalan kemajuan dalam menerapkan matlamat pembangunan mampan di peringkat tempatan dalam menghalatuju kemajuan ke arah pembangunan mampan.

Pameran selama tiga hari bermula pada 15 hingga 17 November akan diadakan di Time Square Shopping Complex, Jaya Setia Berakas.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

Bagi menyemarakkan sambutan pada tahun ini, penyalaan lampu berbagai warna di Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien bermula pada malam 7 November sehingga 18 November adalah untuk memanifestasikan kepentingan kemajuan bersepadu dan koloborasi berbagai pihak. Warna lampu hijau, merah, kuning, biru dan ungu adalah merupakan kod warna zoning zoning perancangan guna tanah yang terdapat di pelan pelan perancangan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan.

Attachments